Showing posts with label cardiff. Show all posts
Showing posts with label cardiff. Show all posts

Saturday, July 25, 2015

Memaknai detik-detik terakhir di rantau orang

Aku rasa keruan, lagi-lagi menghampiri hari-hari terakhir bilamana daku bakal meninggalkan bumi UK, mungkin buat selama-lamanya (buat 2-3 tahun akan datang).

Pabila emel-emel dibaca memanggil-manggil kami pemegang biasiswa pulang untuk menjalani training sebelum bekerja, aku pada luarannya bersyukur atas rezeki peluang bekerja terus seusai tamat belajar. Namun, tak dapat tidak, aku merasakan sedikit terdesak, gumam hati kecilku. Ini kerana aku seakan kurang dapat bernafas setelah mendarat (read:BFG) dari Cardiff ke Kuala Lumpur, (not even Besut).

Dalam masa yang sama, ibu dan kakakku sedang berada bersama di UK, meraikan hari graduasiku bersama-sama menemaniku untuk menyambut raya di sini. Tapi sungguh benar kata orang, bila aku duduk sekali dengan mereka, aku mula mengenali dengan lebih rapat (sort of like revisit her behaviour).

Katanya, aku ini tak boleh ditegur, kataku mung itu asyik banyak mulut, komplen sana sini dan cerewet. Masih, pada saat nukilan ini terhasil, dia baru sahaja mengomel tentang perbualanku bersama pak cik JOM shipping mengenai perbezaan harga kerana rakanku hanya menghantar satu kotak sahaja.


Ahh, aku tak pernah merasa aman bersamanya. Firasatku sentiasa merasakan ada sahaja ruang yang dicarinya untuk memarahiku(read by die: menasihatiku). Ahh, what a fate to get that kind of sister oh Allah! 

Saat-saat akhir ini sepertinya memerlukanku untuk terus siap sedia, bersiaga untuk mendepani hari-hari mendatang yang bakal dilalui. Jujurnya, aku masih tidak mempunyai satu framework yang lengkap mengenai rancanganku di bank nanti.

Saat ini menyaksikan aku bertemankan cahaya dari Macbookku sambil mendengar derupan tidur ahli keluargaku. Gumam hati kecilku sebentar tadi, ahh sungguh pelik rasanya, mak dan kakakku berada di sini bersama padahal aku berada on my on all these past three years.

Menalar makna diri memerlukan niat yang murni, usaha sungguh-sungguh untuk mempertingkat kefahaman fiqh dalam diri, serta aku mengimpikan aku yang hafizah, like really know Qur'an really well, so I can teach to others!

Sunday, November 23, 2014

Tiada klu?

Sudah lama lagaknya sejak aku kali terakhir menulis di sini.
Hidup aku sekarang berlatarbelakangkan timbunan 'coursework' yang bila-bila masa boleh menghampiri tarikh submisinya.

Tapi aku fikir, memaknai hidupku sebagai seorang pelajar, inilah masanya aku mengasah skillku dalam menulis esei yang kritikus. Takkan lah bergelar pelajar itu, hanya perlu fokus sewaktu mengulangkaji untuk menghadapi ujian sahaja? tak? tak mungkin hanya pada itu.


Tapi (banyak pula yang aku tapi-kan), tatkala aku ingin fokus, ada saja laman web yang aku terfikir untuk membuka. Ahh, alasan sahaja Nini. Aku memang susah untuk hadirkan perasaan pada benda yang aku rasa tidak memberi 'value-added' kepadaku kerana aku mula meminati hadis ini;


عن أبي هريرة -رضي الله عنه- عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: مِن حُسْنِ إسلام المرء تركه ما لا يَعنيه حديث حسن، رواه الترمذي وغيره هكذا. 
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda:
”Salah satu tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna.”

(Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan yang lainnya seperti ini) 

Yang aku pasti, aku memang tak punya banyak masa, dan moga-moga Allah lembutkan mad'u2 ku yang aku amat inginkan kebaikan pada mereka.


Syukur kuucapkan  kerana persahabatan 2 tahun lepas seakan bertaut kembali. Walau sejauh mana kita berbeda, hargailah kehadiran setiap dari kita.



"Tidak beriman seseorang diantara kamu sampai ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri." (Muttafaq alaih)



Terima kasih buat yang rakan comel yang mengilhamkan aku untuk kembali membuang habuk di laman ini. Psst tq AS, Manchester.

Berharapkan moga aku kembali dengan lebih bermanfaat, hingga ketemu lagi Dashboard.

Doakan moga aku raih ihsan ~



Niniey Daud,
Sebelah River Taff,
23 November 2014
1 Safar 1436H.



P/S: Lagi dalam 8 bulan aku bakal meninggalkan bumi ini :'(

Monday, January 7, 2013

Pre exam mood :DD

Hoping to Allah hur Rahim to go through my exams a week to go with ease. InsyaAllah.

Will definitely perform my best so that everything that they've done for me worth sacrifing for,and the ultimate gratefulness definitely goes to The One up there, who never failed on us, except to test on which of the people are the real believers.

Pray and make du'a for our brothers n sisters especially in Syria and Palestine. Cant barely see them suffering while im so helpless, unless the least we could give is the du'a.

Till the fingers meet the screen again. Hizbullah. Peace (Y)