Sunday, November 23, 2014

Tiada klu?

Sudah lama lagaknya sejak aku kali terakhir menulis di sini.
Hidup aku sekarang berlatarbelakangkan timbunan 'coursework' yang bila-bila masa boleh menghampiri tarikh submisinya.

Tapi aku fikir, memaknai hidupku sebagai seorang pelajar, inilah masanya aku mengasah skillku dalam menulis esei yang kritikus. Takkan lah bergelar pelajar itu, hanya perlu fokus sewaktu mengulangkaji untuk menghadapi ujian sahaja? tak? tak mungkin hanya pada itu.


Tapi (banyak pula yang aku tapi-kan), tatkala aku ingin fokus, ada saja laman web yang aku terfikir untuk membuka. Ahh, alasan sahaja Nini. Aku memang susah untuk hadirkan perasaan pada benda yang aku rasa tidak memberi 'value-added' kepadaku kerana aku mula meminati hadis ini;


عن أبي هريرة -رضي الله عنه- عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: مِن حُسْنِ إسلام المرء تركه ما لا يَعنيه حديث حسن، رواه الترمذي وغيره هكذا. 
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda:
”Salah satu tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna.”

(Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan yang lainnya seperti ini) 

Yang aku pasti, aku memang tak punya banyak masa, dan moga-moga Allah lembutkan mad'u2 ku yang aku amat inginkan kebaikan pada mereka.


Syukur kuucapkan  kerana persahabatan 2 tahun lepas seakan bertaut kembali. Walau sejauh mana kita berbeda, hargailah kehadiran setiap dari kita.



"Tidak beriman seseorang diantara kamu sampai ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri." (Muttafaq alaih)



Terima kasih buat yang rakan comel yang mengilhamkan aku untuk kembali membuang habuk di laman ini. Psst tq AS, Manchester.

Berharapkan moga aku kembali dengan lebih bermanfaat, hingga ketemu lagi Dashboard.

Doakan moga aku raih ihsan ~



Niniey Daud,
Sebelah River Taff,
23 November 2014
1 Safar 1436H.



P/S: Lagi dalam 8 bulan aku bakal meninggalkan bumi ini :'(

No comments:

Post a Comment